32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Ketua Pemuda PN nafi pembangkang enggan bincang

Tidak pernah ada pelawaan dibuat pun oleh kerajaan campuran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan kononnya Ahli Parlimen pembangkang enggan mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan masing-masing.

Ia sekaligus menepis dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya pemimpin pembangkang tidak mahu berbincang, malah tidak pernah ada pelawaan dibuat oleh kerajaan campuran.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau baca kenyataan PMX seperti yang dilaporkan di media massa. Saya dan kawan-kawan Ahli Parlimen PN ini sentiasa terbuka.

“Jemputlah kami bincang projek apa di kawasan kami. Entahlah bila yang dikatakan kami enggan terima pelawaan kerajaan itu, pelik,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Tambah Ahmad Fadhli, lebih pelik lagi bila dikatakan 30 tahun pihak pembangkang tidak bagi peruntukan.

Advertisements

“Memang ajaib kenyataan beliau,”ujarnya.

Tegasnya lagi, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai perkara tersebut.

Semalam, Anwar mendedahkan ahli Parlimen pembangkang didakwa masih enggan menerima pelawaan kerajaan bagi mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan mereka yang belum diluluskan

Beliau memberitahu, apa yang dilakukan pembangkang ketika ini hanya memberi kecaman terhadap kerajaan termasuk mendakwa kerajaan zalim kerana tidak memberi kelulusan projek yang dibawa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan