27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anak Najib ucap Selamat Hari Bapa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA menerusi pena di media sosial sahaja anak kepada Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang menitipkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada bekas Perdana Menteri itu.

Mereka masing-masing meluahkan rasa rindu kepada Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Datuk Nizar Najib menerusi ucapannya berkata, “Happy father’s day from me and from all the Rakyat who still loves you.

“Amat dirindui oleh semua. Selamat Hari Bapa,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Turut mengucapkan selamat hari bapa buat Najib seorang lagi anak lelakinya iaitu, Datuk Nazif Najib yang juga Ketua UMNO bahagian Langkawi.

“Dan saya mengucapkan selamat hari bapa kepada ayahanda saya dan kepada semua bapa.

Advertisements

“Terlalu banyak yang hendak saya nukilkan buat ayahanda saya, namun tiap kali pena ini ingin menari di kanvas putih, seakan ia bagaikan tidak terluah.

“Daddy, anakmu ini belajar tabah dengan melihat akan kesabaranmu dalam menyusuri jalan kehidupanmu,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nooryana Najwa Najib pula dengan rasa sedih dan pilu tidak mampu berkata apa-apa sempena Hari Bapa selain hanya mampu berdoa.

“Tiada ucapan dapat kami sampaikan hari ini melainkan titipan doa buat daddy.

“Semoga daddy sihat, diberikan kekuatan dan dilindungi Allah SWT sentiasa,”katanya.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan