27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wanita ditahan, muat naik video hasutan terhadap Sultan Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang wanita berusia 34 tahun di Klang, Selangor semalam, selepas disyaki memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada 1 Mei lalu.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata, wanita yang memuat naik video tersebut menerusi akaun TikTok @ijaheartfarizahwhitenew itu, ditahan di sebuah kawasan tempat letak kereta.

“Dalam masa sama, polis turut merampas telefon bimbit jenama Vivo Y154 dan dua keping kad sim,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berikutan itu, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenatah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Advertisements

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibuat pada hari ini,”katanya.

Sehubungan itu, Noorsiah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang awam tidak menyalahguna media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan