28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan tikam dari dalam tumbangkan kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANGAN ada parti atau ahli Parlimen di pihak Kerajaan Perpaduan membuat langkah menikam dari dalam untuk menumbangkan kerajaan,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan kerajaan baru-baru ini, bukan hanya kepada pihak lawan semata-mata tetapi termasuk anggota Kerajaan Perpaduan.

“Titah Sultan Johor agar Kerajaan Perpaduan tidak diganggu-gugat adalah teguran kepada pelampau politik yang tidak serik dengan pengalaman pahit pertukaran tiga Perdana Menteri sebelum ini.

“Teguran Sultan Johor itu menyeluruh. Bukan sahaja kepada pihak lawan tetapi juga anggota Kerajaan Perpaduan demi maslahah kestabilan.

“Maka jangan ada parti atau ahli Parlimen di pihak Kerajaan Perpaduan membuat langkah menikam dari dalam. Jangan terbabit proses jual beli politik dengan pihak lawan,”katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Beliau berkata, teguran Sultan Johor itu amat wajar kerana idea Kerajaan Perpaduan adalah titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu untuk menyelesaikan kebuntuan penubuhan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Sultan Johor cukup jelas. Hentikan desas desus, provokasi, niat dan perancangan untuk menukar Kerajaan Perpaduan. Terutama oleh pihak lawan. Peluang sudah diberi melalui peti undi di PRU ke 15,”katanya.

Terdahulu, Sultan Johor menyuarakan kebimbangan susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan PRU15 berlalu.

Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya perlu diutamakan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan