34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Cuepacs mohon gaji minimum penjawat awam RM1,800

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kali terakhir kenaikan gaji minimum penjawat awam adalah pada 2016 iaitu sebanyak RM1,200.

“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.

Advertisements

“Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.

“Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,” katanya.

Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan