29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Langkah perlindungan COVID-19 terkini sedang dibincangkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH perlindungan terkini COVID-19 sedang dibincangkan susulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan COVID-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Bagaimanapun, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan wabak itu akan diteruskan seperti biasa.

“Buat sementara ini KKM akan meneruskan langkah perlindungan kawalan atau SOP sedia ada sehinggalah kita membuat keputusan muktamad sama ada untuk mengikut saranan WHO atau sebaliknya.

“Perbincangan di peringkat tertinggi KKM juga sedang dilakukan bagi mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sekijang 2023 di Dewan Masjid Bandar IOI hari ini.

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, meskipun jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan baru-baru ini meningkat, ia masih terkawal dan tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dengan majoriti pesakit dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas.

Justeru, Dr Zaliha menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan SOP dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka jika perlu terutamanya bagi mereka yang bergejala, selain terus menjaga kebersihan diri.

Terdahulu, agensi berita Jerman melaporkan WHO memutuskan pandemik COVID-19 global tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas dunia dilanda pandemik sejak tiga tahun lepas. – BERNAMA

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan