25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wan Nurzila bukan lagi pengarah media, komunikasi strategik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman tidak lagi berkhidmat sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di jabatan itu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini, sekaligus mengesahkan laporan media Wan Nurzila didakwa telah diberhentikan dengan notis 24 jam daripada perkhidmatannya.

Dalam kenyataan itu, PMO merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Wan Nurzila sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Wan Nurzila atas sumbangan beliau,”menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani dan penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif kerajaan terus diperkasa.

Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah melepaskan jawatan dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi.

Wan Nurzila pernah menjadi wartawan di Bernama sebelum menjadi setiausaha akhbar kepada beberapa menteri kabinet. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan