27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Terjatuh dari Everest, Pengarah APM Kedah meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MISI menawan gunung tertinggi dunia tidak kesampaian apabila Awang Askandar Ampuan Yaacub terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah yang juga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia).

Menurut sumber, Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak,35, berkata ketika kejadian Allahyarham bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

“Difahamkan, jenazah akan dibawa turun sehingga ke kem dua, esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter namun, bergantung kepada cuaca.

Advertisements

“Kejadian sudah dimaklum kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan keluarga Allahyarham juga sudah dimaklumkan mengenai insiden,”katanya menerusi ciapan di Twitter.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sabah itu adalah warga asing kesembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini, termasuk malim gunung.

Misi ME 2023 dikatakan percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan