32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Rusia kembali tersenarai 10 ekonomi terbesar dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

RUSIA kembali tersenarai dalam 10 ekonomi terbesar dunia dengan menduduki tempat kelapan buat kali pertama sejak 2014.

Data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia yang dianalisa oleh Sputnik pada Ahad. menunjukkan Rusia kembali tersenarai dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$2.3 trilion pada 2022.

Pada 2014, Rusia berada dalam kedudukan kesembilan dalam senarai ekonomi utama dunia dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$2.05 trilion.

Untuk tahun 2021 negara itu berada di kedudukan ke-11, kata data berkenaan.

Data menunjukkan bahawa ekonomi AS mendahului senarai pada 2022 dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominalnya dianggarkan pada AS$25.5 trilion.

China pula menduduki tempat kedua (AS$17.9 trilion), diikuti Jepun (AS$4.2 trilion), Jerman (AS$4.07 trilion), dan India (AS$3.4 trilion).

Ekonomi UK pula kekal di tempat keenam (AS$3.07 trilion) dalam senarai berkenaan manakala Perancis menduduki tempat ketujuh (AS$2.8 trilion), menurut statistik. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan