32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

PRU: Rakyat Thailand mula mengundi awal 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

CUACA panas terik tidak menghalang ribuan rakyat Thailand beratur panjang di pusat-pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih kerajaan yang bakal menerajui pentadbiran negara menjelang pilihan raya umum pada minggu depan.

Lebih 2 juta daripada 52 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal.

Pusat mengundi dibuka seawal jam 8 pagi dan ditutup pada jam 5 petang (waktu tempatan) semalam.

Pilihan raya umum kali ini akan memilih 500 ahli Dewan Rakyat.

Di Bangkok, kira-kira 800,000 pengundi mengundi pada Ahad.

Pengundi beratur di pusat-pusat mengundi di luar pejabat daerah, pusat membeli-belah, sekolah dan kuil.

Jumlah pengundi awal terbesar ialah di Universiti Ramkhamhaeng dengan 52,000 pengundi diikuti Dewan Paragon Diraja di Pusat Beli-belah Siam Paragon (40,000) dan Pejabat Daerah Huai Kwang (28,000).

Parti pembangkang Pheu Thai mendahului dalam kebanyakan tinjauan pendapat diikuti oleh Parti Move Forward yang progresif.

Paetongtarn Shinawatra, anak bongsu bekas Perdana Menteri Thaksin, menduduki tempat pertama atau kedua bagi calon perdana menteri dalam kebanyakan tinjauan pendapat.

Pita Limjaroenrat, ketua parti Move Forward juga merupakan seorang lagi pesaing bagi merebut jawatan Perdana Menteri Thailand.

Baca juga:   Malaysia terus majukan hubungan dengan Thailand - Anwar

Prayuth Chan o-cha, bekas ketua tentera yang kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum 2019, adalah calon perdana menteri untuk Parti Negara Thai Bersatu (UTN). – Edisi 9

Baca juga:   Satu lagi kes import varian Omicron dikesan di Singapura

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan