24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lynas tidak dibenar import bahan radioaktif – MOSTI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) tidak dibenarkan mengimport bahan mentah mengandungi bahan radioaktif semulajadi ke Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Lynas dibenarkan melanjutkan tempoh operasi kilang cracking and leaching (C&L) sehingga 31 Disember 2023 dan berkuat kuasa 1 Januari, Lynas perlu memastikan loji mereka di luar negara mula beroperasi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam. Berdasarkan Seksyen 32(5), Aka Perlesenan Tenaga Atom, keputusan yang dibuat menteri adalah muktamad.

“Kerajaan memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri ini tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pada 28 April lalu, satu sesi pendengaran telah diadakan bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (ALB) yang menolak permohonan mereka untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan sebelum ini.

Selepas proses pertimbangan dibuat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan untuk menolak rayuan pengguguran empat syarat lesen tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan itu diambil selepas penilaian yang teliti, berlandaskan prinsip kelestarian, pembangunan dan keselamatan.

“MOSTI akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan