26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

GST dah elok, anda jahanamkan – Sian See

Najib dikecam teruk oleh pihak lawan ketika memperkenalkan inisiatif GST dan subsidi bersasar ketika di zaman pentadbirannya.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LANGKAH Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta subsidi bersasar untuk kepentingan negara terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Najib dikecam teruk oleh pihak lawan ketika memperkenalkan dua inisiatif tersebut ketika di zaman pentadbirannya.

Beliau turut membidas empat pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang merancang untuk mengembalikan subsidi bersasar dan GST sebab untuk langkah yang diperlukan bagi menyelamatkan ekonomi negara.

“Benda dah elok masa dulu. Tapi korang (anda) juga yang jahanamkan.

“Najib yang berani buat masa dulu tetapi digunakan oleh mereka sebagai modal untuk hasut rakyat untuk membenci Najib,” katanya melalui Facebook pada hari ini.

Advertisements

Tambahnya, pentadbiran kerajaan selepas era Najib ingin melaksanakan semula GST dan subsidi bersasar namun mereka tidak berani berbuat demikian.

“Sementara itu, ekonomi negara semakin jatuh ke belakang negara-negara jiran yang sudah melaksanakannya,” ujarnya.

Terdahulu, semasa pembentangan Belanjawan 2015, Najib yang merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan cukai GST berkadar standard sebanyak 6 peratus pada 1 April 2015.

Cukai itu dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan dengan mengembalikan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan