25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis selamat gadis dilarikan 11 bulan oleh teman lelaki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menyelamatkan seorang gadis berusia 17 tahun selepas dilarikan teman lelakinya sejak 11 bulan lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dipercayai tinggal bersama suspek di sebuah stor besi buruk di sekitar Banting sejak dilarikan suspek pada Julai tahun lalu.

“Hasil maklumat risikan, suspek berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah kampung di sekitar Banting.

“Berikutan penahanan itu, polis menemukan mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting,”katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 mengesyaki gadis itu mempunyai teman lelaki lain.

Advertisements

“Mangsa dipercayai memang mengikut suspek, namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa (masih bawah umur kerana) berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Fakhrudin, sepanjang dilaporkan hilang, mangsa tidak pernah menghubungi keluarganya di Desa Mentari.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku perlakuan seksual.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk tidak mempunyai rekod lampau,”katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, suspek direman dua hari sejak semalam untuk membantu siasatan yang turut dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan