31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Azam Baki kekal terajui SPRM untuk setahun

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa Jumaat ini.

Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Zuki, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Azam yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM yang dahulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).

Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan