31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Cheong Min sumbang emas pertama kem wushu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ATLET wushu kebangsaan Tan Cheong Min menetapi ramalan dengan menghadiahkan pingat emas sulung kem wushu negara pada temasya Sukan SEA 2023 hari ini.

Pada final acara Nanquan wanita yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, juara dunia 2019 itu yang kali pertama beraksi pada Sukan SEA mengungguli saingan untuk merangkul emas selepas mengumpul keseluruhan 9.626 mata.

Pingat perak menjadi milik atlet Indonesia Tasya Ayu Puspa Dewi dengan kutipan mata 9.593 sementara wakil Myanmar Aye Thitsar Myint yang mengumpul 9.143 mata membawa pulang gangsa.

Advertisements

Cheong Min juga akan turun bersaing dalam final acara Duilian wanita bersama-sama Loh Ying Ting dan Pang Pui Yee hari ini.

Sebagai rekod, kejayaan dilakar Cheong Min hari ini merupakan emas ketiga diraih pada hari kelima temasya dan emas ke-18 kontinjen negara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan