27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 25, 2023

Malaysia, Maldives tandatangani PPPDK elak percukaian 2 kali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Maldives hari ini menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Dan Pencegahan Pelarian Dan Pengelakan Cukai (PPPDK) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan berkata, objektif utama perjanjian ini adalah pengelakan pencukaian dua kali yang terbit daripada pendapatan yang sama di kedua-dua negara.

Katanya, itu sekaligus memberikan tax certainty (cukai yang jelas) kepada pembayar cukai kedua-dua negara rakan pejanji. 

“Perjanjian PPPDK ini meliputi hak penentuan mengenakan cukai dan pengurangan kadar cukai pegangan ke atas pendapatan tertentu seperti dividen, faedah, royalti dan fi bagi perkhidmatan teknikal berasaskan timbal balas bagi aktiviti ekonomi rentas sempadan. 

“Perjanjian ini akan berkuat kuasa sejurus selepas prosedur ratifikasi oleh kedua-dua pihak selesai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PPPDK Malaysia-Maldives tersebut ditandatangani bersama Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi pihak kerajaan dan Menteri Kewangan Maldives, Ibrahim Ameer bagi kerajaan Maldives.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, PPPDK yang dimeterai dijangka akan menggalakkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua buah negara. 

Katanya, jumlah dagangan Malaysia ke Maldives meningkat sebanyak 100.2 peratus pada 2022 dengan jumlah RM1,009.0 juta berbanding RM504 juta pada tahun sebelumnya. 

“Melihat kepada aliran positif ini adalah dijangka perdagangan dua hala akan terus berkembang. 

“Kerajaan Malaysia amat menggalakkan syarikat-syarikat kedua-dua negara untuk melabur dan mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi di Malaysia dan Maldives,” katanya. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan