RUANG udara Langkawi akan ditutup bermula 18 hingga 27 Mei ini sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, penutupan ruang udara Langkawi adalah seperti yang diterbitkan dalam Aeronautical Information Publication (AIP) Supplement.
Selain itu, katanya, pengoperasian dron di pulau berkenaan turut dilarang sepanjang tempoh yang sama.
“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi.
“Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA ’23,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
LIMA ’23 bakal berlangsung pada akhir Mei ini dengan bertemakan Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia.
Kali terakhir pameran dwi tahunan itu dianjurkan adalah pada 2019.
Sementara itu, CAAM berkata, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda.
“Ini tertakluk di bawah Seksyen 4 Aka Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya. – Edisi 9

