25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kedai, hotel di Mid Valley beroperasi seperti biasa esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pejabat, hotel dan kedai dalam kawasan kompleks beli belah Mid Valley akan beroperasi seperti biasa esok, selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Makluman itu dinyatakan pihak pengurusan Mid Valley City menerusi laman sosial Facebook.

Kenyataan itu berkata, kebenaran telah diterima daripada pihak berkuasa berkaitan pembukaan semula premis dengan selamat.

“Kami berbesar hati ingin memaklumkan premis akan beroperasi seperti biasa esok setelah siasatan menyeluruh dijalankan oleh pihak berkuasa.

Advertisements

“Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh yang mencabar ini,”kata kenyataan itu.

Tambahnya, ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada semua pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Polis Diraja Malaysia di atas tindakan dan kerjasama yang pantas.

Sebelum ini media melaporkan sebuah pencawang masuk utama ke bilik transformer di bangunan Mid Valley berkeluasan 1,600 kaki persegi terbakar 70 peratus kira-kira pukul 10 pagi tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan