34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jangan anjur program tidak bermoral – Exco Agama Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menganjurkan program yang mendorong orang ramai melakukan kegiatan tidak bermoral.

Amaran itu dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid susulan poster penganjuran dipercayai parti liar “Gang Bang JB Party” yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Susulan itu, kerajaan negeri Johor bertindak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti dalang penganjur program yang dijadualkan pada 20 Jun itu.

Mohd Fared berkata, pihaknya memohon kerjasama semua pihak supaya tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Jangan cuba berkelaku dengan perangai buruk di Johor, mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tidak bermoral.

Advertisements

“Saya bagi amaran. Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu mencegah dan menghalang kegiatan tak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, tular di Twitter sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di bandar raya itu pada 20 Jun dari 4 petang hingga 9 malam.

Program itu dikatakan terbuka untuk semua kaum, namun peserta tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

Disember lalu, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah di hotel bandar raya itu selepas menerima aduan orang awam susulan jemputan ke parti tertutup itu tular di media sosial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan