25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM perlu lakukan penjajaran jadual peperiksaan awam

Ini susulan KPM merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025 dan kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.

Ini susulan KPM merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025 dan kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026.

KPM menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.

“Penelitian ini turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

“Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.

“Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan,”kata kenyataan itu.

Ujar KPM, pihaknya akan sentiasa memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, KPM memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak tahun lalu susulan pandemik yang melanda.

“Kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalender akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

“Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan