27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Ada kemungkinan dia dibebaskan – Ramkarpal

Mesti Baca

ADA kemungkinan dia dibebaskan setelah pemansuhan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Demikian kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berhubung seorang banduan sepanjang hayat yang ditemui di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menceritakan pertemuan itu, Ramkarpal berkata, banduan wanita tersebut sedang menjalani hukuman atas kesalahan mengedar dadah pada 2005 dan telah menjalani hukuman penjara selama 18 tahun.

“Pada asalnya, dia disabitkan dengan hukuman mati mandatori yang kemudiannya dikurangkan kepada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat setelah permohonan pengampunannya berjaya.

“Semasa dipenjara, walaupun tiada prospek untuk dibebaskan, dia mempelajari pelbagai kemahiran hidup termasuk kegemaraannya — membuat roti dan kuih-muih.

“Saya nampak dia bertekad menjadi seorang insan yang lebih baik meskipun akan menghabiskan saki-baki kehidupannya dipenjara,” kata Ramkarpal menceritakan pertemuan dengan banduan wanita berkenaan.

Advertisements

Katanya, dengan pemansuhan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat pada sesi Parlimen yang lepas, ada kemungkinan banduan tersebut dapat dibebaskan tidak lama lagi.

Ketika ditahan, katanya, anak wanita itu hanya berusia 5 tahun.

“Kini (anak wanita itu) sudahpun berusia 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah.

“Sekiranya dibebaskan nanti, dia berhasrat meluangkan masa bersama anaknya dan membuka sebuah kedai bakeri dengan mengguna pakai kemahiran yang dipelajarinya di Penjara Pengkalan Chepa.

“Saya mendoakan yang terbaik bagi dia dan keluarga,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan