24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

UCL: Inter tidak gentar cabaran Milan – Inzaghi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIMONE Inzaghi menegaskan anak buahnya tidak gentar turun menentang kelab seteru, Ac Milan dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL) di San Siro awal pagi esok.

Pengurus Nerazzuri itu berkata, prestasi semasa yang dipamerkan Inter ketika menentang Lazio, Hellas Verona dan As Roma sudah cukup membayangkan mereka sedia menewaskan sesiapa sahaja.

Bagaimanapun kata Inzaghi, setiap pemain perlu kekal fokus biarpun turun sebagai pasukan pilihan.

“Beberapa perlawanan lalu termasuk separuh akhir telah membuatkan kami lebih bersedia. Esok adalah aksi separuh akhir UCL, itu juga adalah derbi.

“Kami semua tahu betapa pentingnya (perlawanan ini) untuk kami dan kami mahu menamatkannya dengan sebaik mungkin.

Advertisements

“Kami tahu apa ertinya derbi ini kerana kami melaluinya sebanyak tujuh kali dalam tempoh 12 bulan ini. Kami menang dan tewas tetapi kami tahu kali ini perlawanan pasti unik,” katanya pada sidang media pra-perlawanan malam tadi.

Sementara itu, Inzaghi berkata, dia tidak akan merubah pelan taktikalnya sama ada Milan menerunkan bintang mereka, Rafael Leao atau tidak.

“Kami kenal dia (Leao), tahu kualiti yang dimilikinya dan untuk perlawanan seperti ini pastinya mereka akan berikan segalanya,” katanya.

Leao terpaksa dikeluarkan pada minit ke-11 ketika aksi Serie A menentang Lazio minggu lalu dan dilihat sudah mula turun menjalani latihan semalam.

Bagaimanapun, Leao tidak mengambil bahagian dalam latihan pasukan utama tetapi menjalani latihan bersendirian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan