30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

31 orang Islam minum arak diambil tindakan

Selain JAWI, operasi itu juga membabitkan agensi penguatkuasaan lain iaitu DBKL Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 31 individu beragama Islam yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi ke atas lapan pusat hiburan di Jalan Haji Taib, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur malam tadi.

Serbuan berkenaan dilaksanakan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti premis hiburan yang melanggar peraturan, selain mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

DBKL menerusi kenyataan berkata, operasi itu juga membabitkan agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

“Menerusi pemeriksaan bersepadu di lapan buah premis hiburan melibatkan pasukan agensi sahabat keatas pengunjung dan pelanggan yang hadir oleh pihak Kastam, JIM, JAWI dan PDRM melibatkan warga negara asing dan warga negara tempatan, pihak JAWI telah menahan 31 orang individu melibatkan 18 orang lelaki dan 13 orang wanita.

“Didapati kesemua mereka melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman yang memabukkan.

“Sehubungan dengan itu, tindakan lanjut serta mengeluarkan Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama Islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559),” katanya.

DBKL berkata, manakala pihak Kastam telah mengambil tindakan sitaan melibatkan beberapa jenis minuman keras terhadap pemilik premis menerusi kesalahan dibawah Akta Eksais 1976 (Akta 176).

“Barang yang disita di bawa ke pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia WPKL untuk tindakan lanjut.

“Pihak DBKL turut membuat tindakan penutupan (sealed) serta-merta terhadap tiga buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka tiga kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran.

“DBKL juga mengeluarkan tiga notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran),”katanya.

Ujar DBKL, sebanyak 35 pelbagai peralatan muzik dan premis di sita melibatkan penutupan tiga buah premis berkenaan dan barangan sitaan terdiri daripada mixer sound, mixer light controller, DJ spinner, speaker, monitor, mic, drum set, kerusi, komputer riba dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

“Kerjasama dan tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dilokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan