27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Agong beri sumbangan kepada balu anggota Tentera Darat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada dua balu anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya di Sungai Besar, Selangor, Rabu lepas.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Sharizan Wan Chik, kepada waris mangsa di Pusat Latihan Asas Rekrut Tentera Darat (PUSASDA) Kem PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Noor Erna Yuliawaty Ibrahim dan Puan Nurliayana Abdul atas pemergian suami masing-masing ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.

“Seri Paduka Baginda turut mezahirkan harapan agar Puan Noor Erna Yuliawaty dan Puan Nurliayana serta keluarga masing-masing tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara, hari ini.

Sesi penyerahan ampun kurnia Seri Paduka Baginda itu juga dihadiri Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar serta isteri.

Terdahulu, dalam kejadian pada 17 Mei lepas, seorang pegawai dan anggota tentera masing-masing berusia 28 dan 49 tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar.

Kedua-dua mereka yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal dari Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan