24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Seludup 26 anak anjing: rakyat Malaysia dipenjara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA seludup 26 anak anjing dan seekor kucing dari negara ini ke Singapura, seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara setahun, semalam.

Memetik laporan Channel News Asia, haiwan itu disimpan dalam beg pakaian dan bekas plastik ketika Gobysuwaran Paraman Sivan, 36, cuba memandu melalui pusat pemeriksaan Tuas di Singapura dengan sebuah lori pada 18 Oktober 2022.

Pegawai imigresen menemui haiwan itu disembunyikan di beberapa tempat dalam lori dengan sebahagiannya di ruang simpanan atas kenderaan didaftarkan di Malaysia itu manakala yang lain dibungkus di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang.

Seekor anak anjing ditemui mati manakala 18 yang lain kemudiannya juga mati akibat penyakit, Gobysuwaran kemudiannya ditahan.

Advertisements

Lembaga Taman Negara Singapura berkata, Gobysuwaran didakwa mengimport haiwan peliharaan tanpa lesen secara haram serta menyeksa haiwan itu melalui cara dilakukannya.

Di bawah Akta Haiwan dan Burung Singapura, pesalah kali pertama mengimport mana-mana haiwan tanpa lesen boleh dikenakan penjara sehingga 12 bulan, denda USD10,000, atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa Taman Negara Singapura juga berkata, satu lagi kes cubaan menyeludup di pusat pemeriksaan Tuas menyaksikan 11 anak anjing dan seekor anak kucing dibius dan disembunyikan dalam kereta.

Beberapa haiwan itu disembunyikan di bawah tempat duduk belakang manakala yang lain disimpan dalam petak tayar ganti kenderaan.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan