30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Hari ke-5 Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,551 kemalangan direkodkan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu sebanyak 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT.

Advertisements

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

15 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata, Op Selamat ke-20 bermula 20 hingga 27 April bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’ bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.

Fokus utama operasi itu adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya.

Dalam masa sama, memberi tumpuan dalam keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan