25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

Real dimalukan Girona, Castellanos ledak 4 gol

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENYERANG Girona, Taty Castellanos muncul wira dengan menyumbat 4 gol untuk memacu kemenangan pasukannya menewaskan juara Real Madrid 4-2 dalam perlawananan La Liga di Stadium Estadi Montilivi pada Selasa.

Kemenangan Girona ternyata menggembirkan kem Barcelona yang berjaya melebarkan jurang perbezaan mata untuk membolehkan mereka menghampiri trofi kejuaraan musim ini.

Kekalahan ini meranapkan impian Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti untuk mempertahankan kejuaraan mereka kini ketinggalan 11 mata di belakang Barcelona.

Real dilihat tempang beraksi perlawanan ini tanpa khidmat penyerang utama, Karim Benzema dilanda kecederaan dan penjaga gol Thibaut Courtois mengalami masalah sakit perut.

Gol pertama perlawanan terhasil melalui pertahanan Madrid, Miguel Gutierrez yang melakukan hantaran silang untuk Castellanos, yang ditanduk pemain itu dari jarak dekat pada minit ke-12.

Advertisements

Castellanos menggandakan pendahuluan Girona selepas 24 minit apabila dia menyusup masuk dari belakang Eder Militao dan merembat melepasi kaki Andriy Lunin.

Vinicius kemudian membalas satu gol untuk Real Madrid dengan tandukan daripada hantaran lintang Marco Asensio.

Castellanos menjaringkan gol ketiganya hanya 36 saat selepas rehat.

Penyerang itu terus menjadi duri dalam daging buat Real Madrid dengan sekali lagi memanfaatkan kesilapan Militao untuk menjaringkan gol keempatnya di minit ke-62.

Lucas Vazquez menjaringkan  satu lagi gol saguhati untuk Madrid. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan