27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rakan sekolah Shila Amzah kini jadi madu ibu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMELUT rumah tangga pasangan selebriti semakin menjadi-jadi apabila selebriti yang sudah pun lama “menyepi” turut “hangat” kembali susulan khabar telah berkahwin dua.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isteri pelakon dan penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman berkenaan suaminya itu sudah pun mengahwini gadis yang lebih muda seusia anak mereka.

Fauziah sebelum ini mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ kelmarin.

Bagaimanapun, hantaran itu dikemas kini semula hari ini dengan keterangan pengesahan yang dia kini bermadu.

“Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani,” kongsinya dalam Instagram, hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila Amzah.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan