27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MP Pendang lagi sekali diarah keluar Dewan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SUASANA Dewan Rakyat pada Isnin menjadi panas apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dewan susulan beliau enggan menarik balik perkataan “bohong” yang diungkapkannya ketika berbahas.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong selepas Awang mempertikaikan kenyataan mengenai tanah rizab Melayu yang dijawab Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad minggu lalu yang mengatakan Kedah adalah negeri paling banyak kehilangan tanah rizab Melayu.

Ahli Parlimen Pendang itu mendakwa menteri berbohong mengenai kenyataan tanah rizab di Kedah dan beliau memiliki fakta tepat daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah.

“Menteri kalau tidak ada maklumat jangan bercakap. Jangan berbohong di dalam dewan ini.

“Ini dia, fakta saya bawa yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah. Dia berbohong,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu diarah keluar selama sejam oleh Alice Lau selepas beliau tetap  enggan menarik balik perkataan “bohong” dilontarkannya.

Untuk rekod, arahan keluar dewan kepada Awang merupakan kali kedua selepas beliau menerima arahan sama untuk dua hari pada 8 Mac lalu selepas beliau menggangu sesi penggulungan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan Kedah merupakan salah sebuah tiga negeri yang mencatatkan penurunan Tanah Rizab Melayu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Tanah Rizah Melayu di negeri Kedah mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan