32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lapan negeri dijangka alami cuaca buruk petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Perlis dan Pulau Pinang kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Tambahnya, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Selangor adalah di Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala di Johor pula, kawasan terlibat adalah di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) 

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Sarawak melibatkan kawasan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan