29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lantikan Azeez sebagai Pengerusi KEDA belum muktamad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan terhadap nama bekas Ahli Parlimen Baling bagi jawatan itu akan dibincangkan semula bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya juga (akan) bincang dengan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid bahawa salah satu pengumuman yang dibuat, ada yang belum dihantar surat (rasmi).

“Ia termasuk cadangan (lantikan bagi jawatan) Pengerusi KEDA yang mana kita akan teliti semula. Jadi, belum ada apa-apa pelantikan (pengerusi KEDA),” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional (BSN) Meru Raya hari ini.

Pada 5 April, media melaporkan Ahmad Zahid mengumumkan Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA dalam satu program anjuran Kementerian berkenaan di Jitra, Kedah.

Advertisements

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pelantikan Abdul Azeez ke jawatan berkenaan adalah bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini disandang oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebelum itu, pengumuman lantikan beberapa nama ahli politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan sebelum ini menjadi pertikaian sesetengah pihak termasuk daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Mengulas lanjut, Anwar berkata lantikan ahli politik ke dalam GLC dan syarikat-syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah berbeza.

“Walaupun begitu, pelantikan jawatan dalam kalangan ahli politik ke dalam mana-mana GLC dibuat berdasarkan kepada kelayakan dan melepasi syarat yang ketat.

“Jangan andaikan (lantikan ahli politik) ke GLC itu sama seperti mana yang pernah berlaku sebelumnya. Kita syaratkan agar individu yang dilantik itu tidak boleh berbelanja lebih daripada yang ditentukan.

“Malah elaun-elaun yang diterima juga kita hadkan mengikut kelayakan masing-masing. Justeru perkara ini harus dilihat pada konteksnya,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan