25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cubaan bawa masuk 50kg herba tanpa permit import tidak berjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN membawa masuk 50 kilogram (kg) dagangan keluaran pertanian tanpa permit tidak berjaya apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang ketika pemeriksaan dilakukan ke atas barang dagangan itu, Jumaat lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib Hashim berkata, hasil kerjasama dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia membawa kepada rampasan barang dagangan dari China dan Amerika Syarikat itu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini.

“Dagangan bernilai RM9,500 itu merupakan jenis tanaman herba seperti ginseng, akar kayu dan pelbagai daun kering.

“Barangan tersebut berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM di LTAPP.

Advertisements

“Daripada hasil siasatan mendapati, keluaran pertanian (raw herbs) tersebut tidak mempunyai permit import serta sijil fitosanitasi yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad Ikram, kesalahan mengimport keluaran pertanian tanpa permit boleh didakwa mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan