32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Menteri Kewangan acuh tak acuh, rakyat terbeban

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan kekecewaannya dengan jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih acuh tidak acuh dengan bantuan yang wajar untuk mengurangkan beban rakyat.

Sehubungan dengan itu, katanya, pada jam 10 pagi beliau akan bangun di Dewan Rakyat mewakili ribuan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menaruh harapan besar agar suara dan keresahan mereka bergema dalam Dewan Rakyat.

“Esok 3 April 2023 (hari ini), hari kedua terakhir sebelum sidang Dewan Rakyat sesi ini tamat.

“Tiada soalan-soalan untuk Menteri jawab lagi, hanya perbahasan beberapa Rang Undang-Undang yang belum diluluskan.

“Kita kecewa dengan jawapan Menteri Kewangan yang masih acuh tidak acuh dengan bantuan yang wajar untuk mengurangkan beban rakyat.

“Yang dijanji harga Rahmah tapi lihat apa yang berlaku di merata tempat; yang dijanji formula ekonomi yang mampu kurangkan harga barang, petrol, kereta, hutang PTPTN tetapi apa yang kita dapat?,” soal beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Justeeu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, berbaki dua hari ini wajarlah Tuan Yang di-Pertua dengan penuh hikmah dan bijaksana membenarkan perbahasan KWSP bersasar bagi yang benar-benar layak.

“Kalau tidak dapat diberikan, apakah pengganti penyelesaian yang munasabah yang boleh kerajaan tawarkan?

“Kita mahu bicara ekonomi rakyat yang benar-benar menyentuh kelangsungan hidup keluarga yang berantakan, yang hancur, yang susah dan resah.

“Kalau bukan di tempat paling mulia dan tertinggi dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara, Dewan Rakyat di mana lagi?

“Saya difahamkan En. Norazlan yang berjalan kali dari Johor ke Istana Negara membawa azam pengeluaran KWSP akan tiba di Parlimen sekitar tengah hari.

“Kami ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional akan terus menjadi benteng rakyat kebanyakan!,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan