31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Budaya lama minta komisen masih ada – PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masih ada beberapa individu di pejabat kerajaan meminta komisen untuk sebarang urusan dengan kerajaan termasuk dari pejabat beliau.

Menurut PM, “budaya lama” oleh kerajaan terdahulu itu nyata sukar dibanteras serta menyeru semua pihak bekerjasama membenteras budaya tersebut dengan mengubah kepada kaedah baharu tata kelola yang lebih cekap dan bersih.

“Kita tidak boleh nafikan masih ada. Saya pun dengar kadang-kadang dia kata orang minta komisen dari pejabat saya, pejabat menteri dan pegawai.

“Untuk membersihkan budaya lama itu memerlukan masa. Jadi saya minta kerjasama saudara saudari (penjawat awam), kerana apabila imej itu baik ia menjadi mudah sekali (keyakinan pelabur),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Tambahnya, kestabilan politik negara pada masa kini telah memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk menjalan urusan perniagaan di negara ini.

Katanya, keyakinan pelabur akan terus meningkat apabila kemudahan berniaga sentiasa jelas melalui kaedah baharu yang lebih cekap serta bersih.

“Pagi semalam saya baru pulang dari China, Alhamdulillah satu kejayaan buat negara. Ini kerana pasukan rakan-rakan menteri yang bertungkus-lumus sebelumnya dengan pegawai-pegawai dan seluruh jabatan terlibat.

“Presiden dan Perdana Menteri China melayani luar biasa, saya terkesan juga dari segi perbincangan hati ke hati.

“Perbincangan itu bukan sahaja dalam bahasa diplomasi biasa, tetapi saya insaf ini bukan kerana saya seorang Perdana Menteri tetapi pasukan pimpinan dan penjawat awam yang menyusun acara, mendapatkan kumpulan hampir 50 syarikat gergasi terbesar bernilai puluhan bilion boleh hadir,” jelasnya lagi. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan