31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Komposisi, senarai Exco cantik, menarik – Ab Rauf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan komposisi dan senarai Exconya yang bakal terbentuk itu cantik dan menarik.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu berkata, ia untuk mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri dan mengambil pendekatan apa yang sedang kita jalankan di peringkat Persekutuan akan kita azamkan di Melaka.

“Kesemua barisan Exco yang bakal dibarisi rakan parti politik kerajaan perpaduan akan mengangkat sumpah jawatan Rabu ini.

“Senarai nama itu sudah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuan semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas perakam waktu pada hari pertama bertugas di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh.

Advertisements

Menurutnya, istiadat mengangkat sumpah akan diadakan sebelum keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Melaka pada petang Rabu.

“Barisan Exco yang baharu setelah saya berunding dengan Presiden (UMNO) semalam telah pun diterima.

“Saya akan berjumpa dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam apabila beliau balik dari luar negara esok.

“Seperti mana saya janjikan bahawa saya akan melengkapkan senarai nama cadangan Exco dalam masa 48 jam telah saya sempurnakan, cuma upacara angkat sumpah akan diadakan pada hari Rabu,” katanya.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, fokus utamanya ketika ini adalah meneruskan agenda pembangunan Melaka bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan rakyat di bawah kerajaan perpaduan dapat diteruskan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan