29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

JPJ tidak mempunyai akaun TikTok JPJeBID

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) nafi melaksanakan jualan nombor pendaftaran dengan menggunakan logo sistem JPJeBID di aplikasi TikTok.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh JPJ dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa akaun yang melakukan jualan nombor pendaftaran dan menggunakan logo tersebut di platform sosial media berkenaan adalah palsu.

“Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil berat isu tular mengenai penjualan nombor pendaftaran dan penggunaan logo JPJeBID melalui platform Tiktok. 

Advertisements

“Untuk makluman Jabatan ini tidak mempunyai akaun Tiktok JPJeBID serta apa-apa risalah berhubung penjualan nombor pendaftaran seperti di akaun tersebut,” katanya.

Oleh itu, JPJ turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

“JPJ sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan jalan raya demi kesejahteraan orang awam khususnya pengguna jalan raya,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan