Monday, July 20, 2026

Lima hektar hutan di Merang, Terengganu terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEBAKARAN hutan seluas lima hektar yang tercetus di kawasan Merang, Terengganu berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, awal pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata operasi memadam itu berakhir kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Kuala Nerus, Jalan Kota, Wakaf Tapai dan Besut terbabit dalam operasi yang bermula pada pukul 7 petang.

“Kita menggunakan kaedah relay pumping iaitu kaedah pemadaman dari pam angkut ke pam jentera dan pemadaman menggunakan teknik ofensif bagi memadam serta mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran membabitkan kawasan seluas lima hektar itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi.

“Punca kebakaran hutan itu masih dalam siasatan, namun kita tidak menolak kemungkinan ia disebabkan faktor cuaca panas,” katanya.

Mohd Mazimi berkata, pihaknya tetap membuat pemantauan walaupun kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kerana bimbang kawasan berkenaan terbakar semula memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan