26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tiga perkara merimaskan beraya di Kelantan – Agus

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat tiga perkara yang ‘merimaskan’ dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri kelahirannya, Kelantan.

Katanya, tiga perkara itu adalah kualiti air, jalan raya dan persekitaran yang kotor di merata tempat.

“Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Oleh itu, beliau berharap rakyat negeri Kelantan boleh membuat perubahan dengan menjadikan negeri lain sebagai contoh.

“Aduhhhh,  negeriku. Masalah ini berulang setiap Raya. Semoga boleh berubah.

Advertisements

“Sekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin,” ujarnya.

Rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Agus namun ada juga yang sebaliknya.

“Macam itulah Prof setiap tahun sebab itu saya akan balik raya di Kelantan selepas raya kelima selalunya. Selamat Hari Raya Prof,” kata Mohd Aidil Azril.

“Begitulah di Kelantan. Tiada perubahan yang boleh dibanggakan,” jelas Nor Afizah Mustapha.

“Prof buat perbandingan yang tidak adil,” tulis Johari Hashim. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan