25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua suspek samun kedai telefon bimbit diburu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS memburu dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun sebuah kedai telefon bimbit dan mencederakan pekerja sebuah premis perniagaan di Sungai Besar, Sabak Bernam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, kejadian itu tular menerusi satu video menerusi media sosial memaparkan tiga lelaki bergelut di hadapan kedai tersebut.

“Satu laporan polis berkaitan kes samun dibuat seorang wanita yang juga penyelia premis berkenaan.

“Siasatan mendapati seorang pekerja wanita dan lelaki berada di kedai itu didatangi seorang suspek kononnya mahu membeli telefon jenis Iphone 14,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Agus Salim berkata, suspek lelaki itu kemudiannya menyerang seorang pekerja dan merampas telefon di atas meja kaunter jualan.

Advertisements

Beliau memberitahu, pekerja itu kemudian mengejar suspek hingga ke luar premis dan berlaku pergelutan.

“Pada waktu itu, seorang lagi rakan suspek turut bergelut dengan pekerja tersebut.

“Namun, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki dua motosikal manakala pekerja tersebut mengalami kecederaan dan telefon yang dirampas turut tercicir di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, tegas Agus Salim, polis sedang giat menjalankan usaha memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabak Bernam,Asisten Superintendan Khairul Azmani Mohd. Zain di talian 03-32242222,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan