25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hari terakhir tol percuma, aliran trafik mula perlahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARI terakhir pemberian percuma tol rahmah menjadikan aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama pada hari ketiga Syawal mulai sesak dan bergerak perlahan setakat tengahari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), trafik bagaimanapun di Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, kelihatan bergerak lancar.

“Terdapat berlakunya kemalangan di Kilometer (KM) 20.5 arah utara dari Senai ke Kulai namun tiada lorong terhalang.

Advertisements

“Begitu juga keadaan di mana berlakunya kemalangan di KM 258.6 arah utara dari Senawang ke Port Dickson.

“Trafik turut dilaporkan aliran trafik ke arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan arah utara dari Senawang ke Seremban, Yong Peng ke Pagoh, Machap ke Ayer Hitam, Sedenak ke Simpang Renggam, Kulai ke Sedenak dan Senai ke Kulai,”katanya.

LLM turut memaklumkan trafik di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak juga berdepan situasi sama dari arah timur, sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan dari arah barat Lentang ke Bukit Tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan