Wednesday, June 17, 2026

Cuaca buruk di tujuh negeri malam ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat bakal berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah pada malam ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.

“Manakala keadaan yang sama turut melibatkan kesemua kawasan di Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam ini nanti bagi negeri-negeri terlibat.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban serta beberapa daerah di negeri Melaka dan Johor.

“Cuaca buruk turut diramal berlaku di kawasan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) bagi negeri Sabah,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan