24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Chelsea kalah lagi di debut Lampard 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEPULANGAN semula Frank Lampard ke Chelsea berakhir buruk apabila The Blues tewas 1-0 kepada Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, malam tadi.

Rembatan cantik Mathues Nunes di minit ke-31 sudah cukup membantu tuan rumah melakar kemenangan memberi tiga mata penuh buat skuad bimbingan Julen Lopetegui.

Kekalahan ini mengecewakan Lampard yang dilantik sebagai pengurus sementara hingga akhir musim susulan pemecatan Graham Potter minggu lalu.

Untuk rekod, lagenda Stamford Bridge itu yang dipecat pada Januari 2021, dibawa masuk semula untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan selain memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Advertisements

Kekalahan ini menyaksikan Chelsea kini kemarau kemenangan dalam empat perlawanan selepas seri tanpa jaringan menentang Liverpool minggu lalu, tewas kepada Aston Villa 2-0 dan seri 2-2 menentang Everton.

Kali terakhir Chelsea menang ketika menewaskan Leicester 3-1 pada 11 Mac lalu.

The Blues kekal di tempat ke-11 di carta liga dengan mengumpul 39 mata manakala Wolves pula di tangga ke-12 dengan 31 mata. – Edisi 

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan