27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

BAC 2023: Soon Huat-Shevon Lai kandas di suku akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HASRAT pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membuat kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 sebentar tadi.

Pasangan negara itu tewas straight set 21-11, 21-13 kepada juara dunia itu dalam tempoh 23 minit.

Soon Huat-Shevon yang menyingkirkan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari di suku akhir, gagal memberikan saingan dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Pasangan beregu negara itu ketinggalan dengan jurang mata yang besar sebelum tewas di set pertama 21-11 dalam masa hanya 10 minit sahaja.

Advertisements

Juara dunia dari China itu langsung tidak membenarkan kebangkitan pasangan beregu campuran negara apabila mudah menamatkan set kedua 21-13 dalam tempoh 13 minit.

Satu lagi wakil negara, pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin akan turun malam ini menentang pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di peringkat separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan