Tuesday, July 21, 2026

Semoga Ashman tabah, walaupun Bossku tidak muncul tiba

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkesempatan menghadiri majlis pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan pasangan, Nikola Mulyadi di Pavilion, Kuala Lumpur.

Dalam kesempatan tersebut, Mohd Puad turut titipkan ucapan kepada Norashman agar tabah walaupun bapanya tidak dapat menyaksikan majlis pertunangannya hari ini.

Beliau percaya, bekas perdana menteri itu akan kembali kepada rakyat satu hari nanti.

“Tahniah Ashman. Semoga tabah, walaupun Bossku tidak muncul tiba. Insya-Allah satu hari nanti Bossku akan kembali kepada rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohd Puad menghadiri majlis pertunangan Norashman dan Nikola Mulyadi di Pavilion, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy.

Najib kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah kes SRC International Sdn Bhd ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, dalam hantaran berlainan, Mohd Puad turut berkongsi beberapa keping gambar menggunakan perkhidmatan transit aliran massa (MRT) ke lokasi pertunangan tersebut.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyatakan beliau berasa seperti berada di negara maju apabila menaiki MRT.

“Betul kata Tun M, kita seperti berada di negara maju kerana naik MRT. Kalau Najib ada lagi cepat Malaysia maju.

“Terima kasih Bossku. Rasanya hati kecil Tun M juga mahu ucap terima kasih pada Bossku. Tetapi dia malu nak cakap,”katanya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan