33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

6 nyaris maut, pokok tumbang hempap tiga kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Enam individu nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat insiden pokok tumbang di susur masuk Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2), Bandar Tasik Selatan, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.19 petang tadi.

“Seramai lapan anggota serta sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat ( BBP) Sungai Besi terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kejadian pokok tumbang menghempap tiga buah kereta jenis Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora.

Advertisements

“Terdapat enam orang mangsa terdiri daripada tiga lelaki serta tiga wanita. Kesemua mangsa berada dalam keadaan yang selamat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba bertindak melakukan kerja-kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok yang tumbang.

“Tugasan tersebut turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan