27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

25 tan produk ayam sejuk beku dirampas

Daripada pemeriksaan mendapati, dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat premit import ditetapkan selain tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas sebanyak 25 tan produk ayam sejuk beku dari Thailand dalam operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Sabtu lalu.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, daripada pemeriksaan mendapati, dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat premit import ditetapkan selain tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.

“Berikutan itu, konsainan seberat 25,000 kilogram (kg) dan bernilai kira-kira RM240,000 itu dirampas untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut beliau, kegagalan mematuhi syarat permit import bagi pengimportan Fresh Chicken Breast Boneless tersebut adalah kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama,” katanya.

Tambah beliau, MAQIS sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan