31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lelaki maut, kereta dipandu rempuh belakang lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, S. Vitra Stevan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 4.19 pagi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja melanggar belakang sebuah lori dan terdapat seorang mangsa pemandu kereta tersepit dibahagian pemandu.

Advertisements

”Komander Operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pukul 4.51 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

”Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pukul 5.04 pagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan