25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Sulaiman jumpa rakyat guna motosikal, fokus tugas ADUN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kembali memberi fokus sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu selepas tidak lagi memegang jawatan itu.

Kata Sulaiman, beliau akan memfokuskan kepada tugas sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) di Lendu.

Sulaiman yang kelihatan santai berkongsi menunggang motosikal elektrik untuk pergerakan beliau bertemu rakyat tempatan di Lendu.

“Ini hari, hari pertama saya selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri.

“Saya akan memulakan tugas saya seperti biasa sebelum ini di Japerun Lendu.

“Jika ada sebarang permasalahan, hadirlah ke pejabat saya,” katanya melalui klip video yang dimuat naik di laman Facebook.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 31 Mac lalu bagi menggantikan Sulaiman Ali. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan