30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rafizi pertahan larang keluar KWSP, kemuka empat sebab

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana kerajaan tidak memilih jalan singkat dan meraih populariti sementara untuk menjaga kebajikan rakyat di masa hadapan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengambil langkah untuk tidak membenarkan pengeluaran ini kerana tidak mahu meninggalkan beban masalah kepada pimpinan lain pada masa hadapan untuk menyelesaikannya.

“Kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar sebab pertama KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua.

“Selain itu menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik selain kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah. 

“Kemudian, sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisements

Ahli Parlimen Pandann itu Pagi mengulas tindakan ahli parlimen pembangkang sebagai tanda protes keluar dewan apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan semalam.

Jelas Rafizi, pembangkang membuat tindakan sedemikian kerana mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat. 

Semalam, pembukaan sesi Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau menolak usul itu kerana keputusan sudah dibuat Yang Dipertua, Datuk Johari Abdul. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan