27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Yahaya pangku jawatan Ketua Polis KL

Mesti Baca

TIMBALAN Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sementara itu, Azmi dalam ucapannya pada majlis itu berkata prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawainya merupakan antara perkara yang membanggakan beliau sepanjang hampir dua tahun menjawat Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Pegawai-pegawai kita catat prestasi yang tinggi… kadar pertuduhan paling tinggi bukan sahaja untuk jenayah tetapi jenayah komersial, narkotik serta kes-kes sekatan jalan raya.

“Bilangan pegawai kita yang culas sudah berkurangan. Saya harap ini akan berterusan,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan